fbpx

Jangkaan Tahun 2023 Baru Boleh Melancong Secara Normal

Ahmad Suhael

Krisis wabak COVID-19 yang berlaku sekarang ini telah menampakkan kesannya kepada ekonomi dunia. Ianya memberi impak kepada pelbagai jenis industri termasuklah pelancongan.

Namun, perhatian sekarang lebih tertumpu kepada bilakah industri pelancongan ini dapat dipulihkan dan berapa lama masa diperlukan?

Walaupun tiada model rujukan untuk merungkai persoalan ini, pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG) mengatakan jangkaan pemulihan bakal mengambil masa 2 tahun secara beransur-ansur.

Faktor pemulihan ini boleh jadi disebabkan oleh penurunan kes COVID-19 ataupun penemuan vaksin. Walau bagaimanapun, ARG setuju dengan para peramal dan eksekuf industri lain di mana pemulihan akan bermula dengan perjalanan domestik.

Berapa Lama Anggaran Masa Pemulihan?

Secara tepat tiada siapa yang tahun jawapan ini. Jadi dalam kes ini, kita menggangap penghujung tahun 2020 barulah pendemik COVID-19 ini mungkin diisyharkan sebagai terkawal.

6 hingga 9 bulan (Pertengahan hujung 2021)

ARG meramalkan untuk tempoh ini hanya golongan yang dilabelkan sebagai “ptoe traveller” akan melakukan penerbangan.

Tujuan mereka mungkin disebabkan oleh urusan perniagaan namun mungkin juga melibatkan urusan peribadi dan percutian. Dan mereka dikalangan golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi.

Dan golongan ini lebih tertumpu kepada perjalanan domestik bahkan antarabangsa jarak jauh.

8 hingga 16 bulan (Sehingga pertengahan 2022)

Pada tempoh ini, ARG meramalkan golongan yang dipanggil “pioneers” ini akan melakukan penerbangan atas urusan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas. Golongan ini diramalkan akan memilih penerbangan jarah jauh.

12 hingga 18 bulan

Dalam tempoh ini proses pemulihan semakin terlihat. Golongan dikenali sebagai “fast followers” mula melakukan penerbangan setelah melihat tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali normal seperti biasa, atau sekurang-kurangnya seperti sebelum COVID-19 melanda.

16 hingga 24 bulan

Tempoh di mana diramalkan wabak COVID-19 dianggap telah berjaya dikawal di seluruh dunia. Dalam tempoh ini juga barulah satu gelombang manusia akan membanjiri lapangan terbang untuk bercuti. Diramalkan industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong pada awalnya dan pada bulan ke 24 atau tahun 2023 barulah ianya berada pada tahap yang sama atau lebih daripada sebelum pandemik ini bermula.

Sumber: Executive Traveller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Letusan Gunung Berapi Anak Krakatau Baru-Baru Ini Mengimbau Kejadian Terburuk 1883

Pada Sabtu lepas berlakunya letusan Gunung Berapi Anak Krakatau pada jam 9.58 malam. Kepulan abu dan asap berwarna kelabu yang keluar sehingga setinggi 500 meter meliputi ruang udara kawasan terbabit. Kejadian yang berlaku ini mengimbau kembali kejadian Gunung Berapi ini yang berlaku pada tahun sebelum-sebelum ini. Pada 22 Disember 2018, […]
Jangkaan Tahun 2023 Baru Boleh Melancong Secara Normal 2