Pulang Dari Luar Negara, Jepun Kuarantin Rakyatnya Di Lapangan Terbang

Berbanding dengan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara yang dikuarantinkan Hotel dan premis kerajaan, rakyat Jepun yang pulang ke negara mereka pula hanya dikuarantinkan di lapangan terbang.

Foto yang dikongsi oleh warga Jepun di laman sosial Twitter dengan ciapan, “Saya perlu tidur di sini malam ini. Saya tidak boleh pulang ke rumah sehingga saya mendapat negatif di dalam keputusan ujian COVID-19 saya,” menunjukkan keadaan di lapangan terbangan Narita.

Menerusi foto terbabit, dilihat katil kadbod disediakan kepada warga Jepun yang pulang ke negara terbabit untuk dikuarantinkan sementara di lapangan terbang.

Katil menggunakan kadbod yang disediakan itu lengkap dengan bantal dan alas seperti toto atau tilam. Mereka yang dikuarantinkan perlu menunggu ujian saringan sebelum ditempatkan di pusat kuarantin lain atau dibenarkan pulang.

Untuk rekod, Jepun mencatat lebih 5,000 kes COVID-19 dengan lebih 700 orang sudah dibenarkan pulang manakala lebih 80 orang didapati meninggal dunia di Jepun.