Pada Sabtu lepas berlakunya letusan Gunung Berapi Anak Krakatau pada jam 9.58 malam. Kepulan abu dan asap berwarna kelabu yang keluar sehingga setinggi 500 meter meliputi ruang udara kawasan terbabit.
Kejadian yang berlaku ini mengimbau kembali kejadian Gunung Berapi ini yang berlaku pada tahun sebelum-sebelum ini.
Pada 22 Disember 2018, letusan yang berlaku telah menyebabkan runtuhan sebahagian gunung berkenaan dan pergerakan tanah di dasar laut. Akibatnya berlakunya tsunami besar yang mengorbankan 400 orang ketika itu.
Gunung Berapi Anak Krakatau yang terletak di sebuah pulau gunung berapi, Kaldera Krakatoa mucul selepas meletusnya Gunung Berapi Krakatau pada 1883.
Pada awalnya hanya terjadi ledakan kecil-kecil selama beberapa bulan di Gunung Berapi Krakatau. Ledakan kecil ini kemudian disusuli dengan letusan-letusan kecil yang puncaknya.
Letusan besar berlaku pada 27 Ogos 1883 di mana gunung berapi ini memuntahkan abu sejauh lebih 20 kilometer ke udara dalam satu siri letupan hebat sehingga dapat didengar di Australia dan sehingga 4,500 kilometer jauhnya dekat Mauritius.
Ledakan Krakatau telah melemparkan batu-batu apung dan abu vulkanik dengan isi padu 18 kilometer kubik. Batu-batu keras yang terlempar ke udara dikatakan jatuh sejauh di dataran pulau Jawa dan Sumatera bahkan sampai ke Sri Lanka, India, Pakistan dan Australia.
Sebaran asap dan debu vulkanis sehingga mencapai 80 km jauhnya. Awan abu yang besar meliputi kawasan itu, mengakibatkan kegelapan selama dua hari di Jakarta dan Lampung.
Letusan yang berlaku juga mengakibatkan tsunami yang amat dahsyat dikatakan setinggi 40 meter dan juahnya mencapat 7,000 kilometer sehingga ke pantai Hawaii, pantai barat Amerika Tengah dan Semenanjung Arab.
Tsunami yang dicetuskan oleh letusan itu mengorbankan lebih 36,000 nyawa, dan menjadi salah satu bencana alam terburuk di dunia.
Sumber:
1. The Atlantic
2. Pemburu Ombak
3. Berita Harian