MAS akan menyambung semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak ekoran permintaan oleh kerajaan keuda-dua negeri terbabit.
Namun, penerbangan yang akan dibuat adalah terhad iaitu sebanyak satu kali sahaja seminggu ke Kota Kinabalu, Kuching dan Miri dengan menggunakan pesawat Boeing 737-800 Malaysia Airlines.
Manakala syarikat sekutunya, MASwings dengan pesawat ATR 72 akan menyambung penerbangan antara negeri Sarawak iaitu Kuching-Sibu-Kuching dan mengekalkan mengekalkan jadual penerbangan hariannya di laluan Miri-Bintulu-Miri dan Sibu-Bintulu-Sibu.
Penerbangan antara Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800 Malaysia Airlines manakala penerbangan antara negeri di Sarawak akan dikendalikan oleh ATR 72.
Sementara itu, penerbangan domestik semenanjung Malaysia diteruskan oleh Firefly.
Sumber: BERNAMA