fbpx

Penjarakan Sosial Sehingga 2022, Kata Pakar

Ahmad Suhael

Selagi vaksin COVID-19 belum ditemui, cara terbaik untuk mencegah penularan wabak ini hanyalah dengan penjarakan sosial. Semua orang perlu menjaga jarak fizikal seperti yang disarankan oleh pakar.

Kesimpulan yang didapati di dalam jurnal sains yang diterbitkan, perintah berkurung yang dilakukan sekali tanpa tindakan lanjutan akan membuatkan gelombang kedua datang.

Jika kewujudan vaksin dan kaedah perubatan yang berkesan sudah ada, penjarakkan sosial boleh dilonggarkan. Namun begitu, perlu dilihat pada jumlah keseluruhan kes dalam lima tahun ke hadapan,

Walaupun sudah ada mangsa yang pulih dan mungkin sudah ada immuniti, tetapi untuk berapa lama?

Sekiranya imuniti kekal, Covid-19 boleh hilang selama lima atau lebih selepas gelombang pertama. Sekiranya imuniti ini hanya sementara, kemungkinan gelombang kedua pasti ada.

Tambahan lagi, menurut kajian Prof Marion Koopmans, ketua virologi di Pusat Perubatan Universiti Erasmus di Rotterdam, tindak balas antibodi mereka yang dijangkiti, mengatakan keadaan sembuh sepenuhnya untuk akibat wabak yang menyerang pernafasan adalah jarang berlaku.

Sumber: The Guardian

Next Post

Penerbangan Ke Kota Kinabalu, Kuching Dan Miri Disambung Semula

MAS akan menyambung semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak ekoran permintaan oleh kerajaan keuda-dua negeri terbabit. Namun, penerbangan yang akan dibuat adalah terhad iaitu sebanyak satu kali sahaja seminggu ke Kota Kinabalu, Kuching dan Miri dengan menggunakan pesawat Boeing 737-800 Malaysia Airlines. Manakala syarikat sekutunya, MASwings dengan pesawat ATR 72 […]
Penjarakan Sosial Sehingga 2022, Kata Pakar 2