fbpx

Sungai Di Kawasan Lembah Klang Semakin Bersih Sejak PKP Dilaksanakan

Ahmad Suhael

Sungai Klang yang menyusuri bandar KL dan Selangor tidak asing lagi kepada penduduk warga itu. Walaupun ianya sungai tetapi keadaannya seolah-olah longkang besar. Ada sahaja sampah di atas permukaannya.

Namun sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, sungai Klang mengalami proses pembaikan secara semula jadi.

Pengurus program penjagaan sungai Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Dr K. Kalithasan menyatakan keadaan semasa beberapa sungai di Lembah Klang jauh lebih baik sekarang, lapor The Star.

Gambar keadaan Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing yang dikongsi oleh masyarakat menunjukkan keadaan sungai yang bertambah baik.

Sungai Di Kawasan Lembah Klang Semakin Bersih Sejak PKP Dilaksanakan 1
Foto via The Star
Sungai Di Kawasan Lembah Klang Semakin Bersih Sejak PKP Dilaksanakan 2
Foto via The Star

Menurut Dr K Kalithasan lagi, usaha pembersihan juga dibuat sebelum ini, namun sejak PKP dilaksanakan tiada orang yang turun padang untuk melakukannya. Walaupun begitu, tiada sampah dan keadaan sungai lebih jernih sejak PKP.

Kejernihan air sungai ini tidak mengejutkan kerana sewaktu PKP, banyak premis ditutup jadi ianya mengurangkan air kelabu dari kebanyakan industri dan pusat komersial.

Namun, sesetengah sungai tetap tidak berubah keadaannya. Beberapa sampah seperti botol hand sanitizer, penutup muka dan sarung tangan dijumpai oleh Maritim Selangor.

Walaupun kebersihan sungai sewaktu PKP ini dianggap hanya sementara jika tiada penguatkuasaan yang sepatutnya, di harap orang ramai dapat mengekalkan keadaan sungai bersih walaupun setelah PKP ditamatkan.

Sumber: The Star

Next Post

Penjarakan Sosial Sehingga 2022, Kata Pakar

Selagi vaksin COVID-19 belum ditemui, cara terbaik untuk mencegah penularan wabak ini hanyalah dengan penjarakan sosial. Semua orang perlu menjaga jarak fizikal seperti yang disarankan oleh pakar. Kesimpulan yang didapati di dalam jurnal sains yang diterbitkan, perintah berkurung yang dilakukan sekali tanpa tindakan lanjutan akan membuatkan gelombang kedua datang. Jika […]
Sungai Di Kawasan Lembah Klang Semakin Bersih Sejak PKP Dilaksanakan 4