Sungai Di Kawasan Lembah Klang Semakin Bersih Sejak PKP Dilaksanakan

Sungai Klang yang menyusuri bandar KL dan Selangor tidak asing lagi kepada penduduk warga itu. Walaupun ianya sungai tetapi keadaannya seolah-olah longkang besar. Ada sahaja sampah di atas permukaannya.

Namun sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, sungai Klang mengalami proses pembaikan secara semula jadi.

Pengurus program penjagaan sungai Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Dr K. Kalithasan menyatakan keadaan semasa beberapa sungai di Lembah Klang jauh lebih baik sekarang, lapor The Star.

Gambar keadaan Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing yang dikongsi oleh masyarakat menunjukkan keadaan sungai yang bertambah baik.

Foto via The Star
Foto via The Star

Menurut Dr K Kalithasan lagi, usaha pembersihan juga dibuat sebelum ini, namun sejak PKP dilaksanakan tiada orang yang turun padang untuk melakukannya. Walaupun begitu, tiada sampah dan keadaan sungai lebih jernih sejak PKP.

Related Post

Kejernihan air sungai ini tidak mengejutkan kerana sewaktu PKP, banyak premis ditutup jadi ianya mengurangkan air kelabu dari kebanyakan industri dan pusat komersial.

Namun, sesetengah sungai tetap tidak berubah keadaannya. Beberapa sampah seperti botol hand sanitizer, penutup muka dan sarung tangan dijumpai oleh Maritim Selangor.

Walaupun kebersihan sungai sewaktu PKP ini dianggap hanya sementara jika tiada penguatkuasaan yang sepatutnya, di harap orang ramai dapat mengekalkan keadaan sungai bersih walaupun setelah PKP ditamatkan.

Sumber: The Star

This website uses cookies.