fbpx

Terpaksa Korbankan Binatang Dalam Zoo Jika Tiada Bantuan

Ahmad Suhael

Sebelum ini zoo negara di Malaysia juga telah mempromosikan zoo untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada rakyat dan mana-mana persatuan yang ingin membantu.

Initiatif ini sebenarnya sudah dilakukan oleh zoo di lain-lain negara juga. Namun jika sumbangan yang datang adalah sangat sedikit, pihak pengurusan zoo terpaksa mencari alternatif lain.

Ini yang dihadapi oleh Zoo di utara Jerman ini. Menurut laporan BBC, pihak pengurusan zoo terpaksa mempertimbangkan untuk mengorbankan beberapa haiwan lain sebagai makanan untuk elak haiwan lain kebuluran.

“Jika terdesak, saya terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran,”

kata Pengarah Zoo Neumünster, Verena Kaspari.

Oleh kerana wabak COVID-19 ini, zoo yang sentiasa padat dengan pengunjung ini menjadi kosong seterusnya menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan untuk semua haiwan.

Dianggarkan kerugian yang bakal dialami zoo tersebut pada musim bunga ini mencecah €175,000 (kira-kira RM832,000).

Sumber: Astro Awani

Next Post

Selepas 3 Minggu Tiada Kes, Kes Tempatan Di China Meningkat Semula

China yang merupakan negara terawal menemukan wabak COVID-19 dan ternyata menjadi negara terawal juga yang dapat mengawal penularan wabak terbabit. Selain itu, China sudahpun menamatkan perintah berkurung untuk rakyatnya di Wuhan. Malah angka kes baru dan kematian juga menurun walaupun terpalit dengan kontroversi dikatakan mengeluarkan angka palsu. Malah kes terbaru […]
Terpaksa Korbankan Binatang Dalam Zoo Jika Tiada Bantuan 2