fbpx

Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah 95,000 Kes

Ahmad Suhael

Indonesia yang dilihat lewat mengambil tindakan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dijangka akan merekodkan kenaikan yang mendadak kes positif wabak ini.

Jangkaan angka 95,000 jangkitan akan berlaku pada Mei dan Jun menurut penasihat kerajaannya berdasarkan trend jangkitan yang berlaku di negara terbabit.

Malah menurut penasihat kepada pasukan bertindak COVID-19 Indonesia, Wiku Adisasmito berkata melalui model epidemiologik dari institusi seperti Universiti Harvard, kes positif boleh mencapai angka 106,000 menjelang Julai.

Untuk rekod, Indonesia sudah pun mendahului kes kematian di rantau Asia Tenggara dengan merekodkan 496 kematian daripada sebanyak 5,516 kes positif.

Walaupun dikritik disebabkan jumlah saringan yang rendah, pihak pemerintah menyasarkan untuk menjalankan sekurang-kurangnya 10,000 ujian sehari dengan merujuk Singapura untuk mendaptkan bekalan kit saringan.

Sumber: Astro Awani

Next Post

Wabak Corona Mungkin Tersebar Lebih Jauh Dari 1 Meter

Umum mengetahui wabak corona boleh tular melalui sentuhan, dan juga udara akibat bersin dan batuk. Dari itu saranan diwujudkan untuk menjaga jarak sejauh satu meter ketika anda berada bersama orang lain. Namun, menurut kaijan di Kanada mendapati satu meter yang disarankan tidak cukup. Jika seseorang itu batuk atau bersin tanpa […]
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah 95,000 Kes 2