Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah 95,000 Kes

Indonesia yang dilihat lewat mengambil tindakan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dijangka akan merekodkan kenaikan yang mendadak kes positif wabak ini.

Jangkaan angka 95,000 jangkitan akan berlaku pada Mei dan Jun menurut penasihat kerajaannya berdasarkan trend jangkitan yang berlaku di negara terbabit.

Malah menurut penasihat kepada pasukan bertindak COVID-19 Indonesia, Wiku Adisasmito berkata melalui model epidemiologik dari institusi seperti Universiti Harvard, kes positif boleh mencapai angka 106,000 menjelang Julai.

Related Post

Untuk rekod, Indonesia sudah pun mendahului kes kematian di rantau Asia Tenggara dengan merekodkan 496 kematian daripada sebanyak 5,516 kes positif.

Walaupun dikritik disebabkan jumlah saringan yang rendah, pihak pemerintah menyasarkan untuk menjalankan sekurang-kurangnya 10,000 ujian sehari dengan merujuk Singapura untuk mendaptkan bekalan kit saringan.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.