China yang merupakan negara terawal menemukan wabak COVID-19 dan ternyata menjadi negara terawal juga yang dapat mengawal penularan wabak terbabit.
Selain itu, China sudahpun menamatkan perintah berkurung untuk rakyatnya di Wuhan. Malah angka kes baru dan kematian juga menurun walaupun terpalit dengan kontroversi dikatakan mengeluarkan angka palsu.
Malah kes terbaru kebanyakannya ialah daripada kes import yang melibatkan orang luar.
Namun, rekod tiada kes terhadap warga tempatan dipecahkan kembali pada hari Khamis lalu selepas tiga minggu tidak mencatatkan sebarang kes.
Angka 10 kes pada hari Khamis meningkat kepada 12 kes berbanding kes import yang menurun daripada 36 kes pada hari Rabu kepada 34 kes.
Melihat kepada kenaikan kes positif tempatan ini, kebanyakan wilayah di China mula menawarkan ujian saringan kepada orang ramai.
Sekatan sempadan dan pemeriksaan yang ketat bagi mengekang kemasukan warga asing banyak membantu kepada penurunan kes import yang direkodkan.
Secara keseluruhan, tanah besar China mengesakan 46 kes baharu pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif di negara itu mencecah kepada 82,341.
Sumber: Astro Awani