Wabak Corona Mungkin Tersebar Lebih Jauh Dari 1 Meter

Umum mengetahui wabak corona boleh tular melalui sentuhan, dan juga udara akibat bersin dan batuk. Dari itu saranan diwujudkan untuk menjaga jarak sejauh satu meter ketika anda berada bersama orang lain.

Namun, menurut kaijan di Kanada mendapati satu meter yang disarankan tidak cukup. Jika seseorang itu batuk atau bersin tanpa halangan, titisan yang keluar itu boleh melebihi dua meter dalam waktu kurang 3 saat.

Kajian itu dilakukan sebelum berlakunya krisis wabak corona lagi dan diketuai oleh Universiti Barat Kanada. Dan ianya sudah diterbitkan sebagai jurnal oleh Junal Indoor Air.

“Walaupun anda berada sejauh 2.5 meter, aliran udara dalam batuk masih dapat bergerak pada 200mm sesaat,”

Eric Savory, profesor dari jurusan kejuruteraan mekanikal dan bahan Universiti Barat.

Tambahan beliau lagi, titisan yang sangat halus boleh pergi lagi jauh terapung di udara lebih lama.

Sumber: South China Morning Post