fbpx

Brazil Pecat Menteri Kesihatan, Ajak Rakyat Jalani Hidupan Normal Bantu Ekonomi

Ahmad Suhael

Akibat daripada penularan wabak corona yang tidak terkawal, rata-rata negara yang dilanda wabak ini telah melaksanakan perintah berkurung.

Namun, sebaliknya berlaku kepada negara Brazil. Presiden Brazil Jair Bolsonaro mengarahkan rakyatnya menjalani kehidupan sosial seperti biasa dan mengutuk tindakan perintah berkurung yang didukung oleh Menteri Kesihatan nya, Luiz Henrique Mandetta.

Malah, menteri kesihatan nya itu telah di pecat pada Khamis lalu disebabkan tidak sehaluan bagaimana caranya memerangi penularan pandemik coronavirus.

Tambah beliau lagi, tindakan perintah berkurung akan menjejaskan ekonomi negara dan meminta supaya negeri-negeri menghentikan arahan perintah tinggal di rumah.

Walaupun Brazil mencatatkan kematian akibat COVID-19 hampir 2000 kes, Bolsonaro tidak memandang serius dengan ancaman wabak itu. Malah beliau menganggap ianya hanya “selesema kecil”.

Untuk rekod, penularan koronavirus di Brazil naik secara mendadak sehingga 30,425 kes dan menjadikan Brazil, negara yang paling teruk terjejas di Amerika Latin.

Sumber: Bernama

Next Post

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan Di Musim Wabak Corona

Tidak sampai seminggu lagi bakal memasuki bulan ramadhan. Bulan yang mulia dalam kalendar umat Islam seluruh dunia di mana dalam bulan inilah terdapatnya malam seribu bulan. Suasana ramadhan yang setiap kali nya meriah pastinya berbeza untuk tahun ini. Disebabkan wabak COVID-19 yang belum reda dan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih […]
Brazil Pecat Menteri Kesihatan, Ajak Rakyat Jalani Hidupan Normal Bantu Ekonomi 2