Jangkaan 10 Juta Kes Wabak Corona Di Afrika

Unjuran yang dibuat menggunakan model wabak pandemik corona di Afrika menjangkakan kes di negara terbabit bakal melonjak ke lebih 10 juta pesakit dalam tempoh tiga ke enam bulan.

Jangkaan itu dinyatakan oleh pegawai serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Afrika berdasarkan pemodelan sementara.

Walau bagaimanapun menurut ketua operasi kecemasan WHO Afrika, Michael Yao ianya hanya unjuran dan ramalan. Terdahulu ramalan WHO mengenai wabak Ebola ternyata salah kerana sikap manusia berubah bila ada kesedaran.

Negara-negara di Afrika setakat ini mengesahkan lebih daripada 17,000 kes wabak COVID-19, sekitar 900 daripadanya sudah meninggal dunia.

Namun, kemudahan dan peralatan perubatan di Afrika tidaklah secanggih berbanding negara maju lain. Jadi kemunginan angka tersebut boleh meningkat adalah tinggi dan ianya membimbangkan menurut Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti.

Walaupun kes sudah mula berkurang sejak perintah berkurung dilaksanakan, Afrika Selatan adalah negara dengan kes COVID-19 tertinggi di benua Afrika,

Sumber: Reuters