fbpx

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan Di Musim Wabak Corona

Ahmad Suhael

Tidak sampai seminggu lagi bakal memasuki bulan ramadhan. Bulan yang mulia dalam kalendar umat Islam seluruh dunia di mana dalam bulan inilah terdapatnya malam seribu bulan.

Suasana ramadhan yang setiap kali nya meriah pastinya berbeza untuk tahun ini. Disebabkan wabak COVID-19 yang belum reda dan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berjalan, kemeriahannya menjadi terhad.

Bazar ramadhan yang biasa di buat pada bulan ramadhan tidak lagi seperti seperti tahun-tahun sebelum ini. Beberapa negeri sudah pun membatalkan bazar ramadhan. Solat terawih pula pastinya hanya boleh dilakukan di rumah masing-masing.

Namun begitu, aktiviti melihat anak bulan diteruskan juga seperti biasa. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan ialah pada 23 April 2020.

15 Kawasan yang dipilih untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut

  1. Pontian Kecil (Johor)
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka)
  3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  5. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  7. Menara Alor Setar (Kedah)
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)
  10. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  12. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa (Labuan)
  14. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)

Seperti biasa, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui Radio dan Televisyen.

Sumber: Bernama

Next Post

Emirates Airline, Syarikat Pertama Lakukan Ujian COVID-19 Sebelum Naik Pesawat

Walaupun dalam keadasan krisis wabak yang masih belum reda, syarikat penerbangan mula mengorak langkah dan mengemas kini prosedur perjalanan dalam meneruskan operasi mereka walaupun terpaksa menggantung banyak perjalanan. Antaranya ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates ini. Emirates Airlines menjadi syarikat pertama memulakan menjalankan ujian darah terhadap penumpang di […]
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan Di Musim Wabak Corona 2