fbpx

AirAsia Sambung Penerbangan Domestik Awal Mei 2020

Ahmad Suhael 1

Jika sebelum ini Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, kini giliran Air Asia pula akan menyambung penerbangan mereka mulai 29 April dan awal Mei ini.

Namun, fokusnya hanyalah untuk penerbangan domestik dan beberapa destinasi terpilih sahaja sebelum diperluaskan ke destinasi antarabangsa, bergantung kepada kelulusan kerajaan.

Manakala bagi penerbangan antarabangsa akan disambung secara berperingkat memandangkan kebanyakan negara masih menutup sempadan kepada kemasukan warga asing.

Menurut Presiden AirAsia Group (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam berkata syarikat AirAsia aktif bekerjasama dengan pengawal selia, kerajaan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan dalam memastikan syarikat itu menepati piawaian yang ditetapkan WHO dan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Selain itu, prosedur pengendalian tetamu juga telah dikemas kini secara menyeluruh berikutan penularan wabak COVID-19 ini.

Malah, setiap pesawat juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara meyeluruh selepas setiap penerbangan.

Dalam pada itu, tetamu tetap perlu mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan dengan penjarakan sosial, memakai topeng muka dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Pelanggan yang ingin menempah dan menebus akaun kredit boleh mula menempa di laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Selain itu, pelanggan dinasihatkan sentiasa menyemak nasihat dan status perjalanan dan penerbangan untuk maklumat terkini berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.

Sumber: BERNAMA

One thought on “AirAsia Sambung Penerbangan Domestik Awal Mei 2020

Comments are closed.

Next Post

Hukum Solat Terawih Online, Bagaimana Jika Sedang Solat Internet Terputus?

Disebabkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu, rakyat Malaysia perlu melakukan penjarakan sosial termasuk tidak boleh berkumpul di sesuatu kawasan termasuk tempat ibadat seperti masjid. Oleh itu, banyak aktiviti dilakukan secara atas talian antaranya ialah bekerja dari rumah, kelas pengajian termasuk juga akad nikah. Namun timbul persoalan mengenai […]
AirAsia Sambung Penerbangan Domestik Awal Mei 2020 2