fbpx

Emirates Airline, Syarikat Pertama Lakukan Ujian COVID-19 Sebelum Naik Pesawat

Ahmad Suhael

Walaupun dalam keadasan krisis wabak yang masih belum reda, syarikat penerbangan mula mengorak langkah dan mengemas kini prosedur perjalanan dalam meneruskan operasi mereka walaupun terpaksa menggantung banyak perjalanan.

Antaranya ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates ini. Emirates Airlines menjadi syarikat pertama memulakan menjalankan ujian darah terhadap penumpang di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.

Initiatif ini dilihat memudahkan saringan COVID-19 dilakukan kepada bakal penumpang sebelum menaiki pesawat kerana hasil keputusan darah itu boleh diperoleh dalam masa 10 minit sahaja.

Ujian darah itu mula dijalankan pada Rabu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk perjalanan ke Tunisia. Menurut Emirates Airlines, mereka dalam perancangan untuk memperluaskan lagi ujian itu ke penerbangan lain.

“Ini akan membolehkan kami memberi pengesahan segera kepada penumpang Emirates yang melakukan perjalanan ke negara yang memerlukan mereka menunjukkan pengesahan saringan COVID-19,”

kata Adel Al Redha, Ketua Pegawai Operasi Emirates, dalam satu kenyataan.

Namun begitu, tidak dimaklumkan adakah keputusan ujian darah terbabit mempengaruhi kebenaran untuk menaiki pesawat.

Sumber: Astro Awani

Next Post

AirAsia Sambung Penerbangan Domestik Awal Mei 2020

Jika sebelum ini Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, kini giliran Air Asia pula akan menyambung penerbangan mereka mulai 29 April dan awal Mei ini. Namun, fokusnya hanyalah untuk penerbangan domestik dan beberapa destinasi terpilih sahaja sebelum diperluaskan ke destinasi antarabangsa, bergantung kepada kelulusan kerajaan. Manakala bagi […]
Emirates Airline, Syarikat Pertama Lakukan Ujian COVID-19 Sebelum Naik Pesawat 2