1 Syawal Tetap Disambut Tetapi Di Dalam Penjarakan Sosial
Sambutan hari raya sangat dinantikan rata-rata umat Islam terutamanya di Malaysia kerana pada hari raya dapat kita berkumpul bersama keluarga tersayang dan melawat sanak saudara.
Namun, krisis wabak yang berlaku ketika ini dan juga perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan masih belum ditamatkan pastinya memberi perbezaan sambutan hari raya tahun ini.
Muslims should celebrate Hari Raya Aidilfitri but they can delay the festivities, says Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakrihttps://t.co/ziEJZKncVo
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) April 22, 2020
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, umat Islam harus menyambut 1 Syawal. Kita mesti makan dan menunaikan solat sunat AidilFitri dengan cara yang disarankan sewaktu COVID-19 ini.
Sambutan haruslah secara sederhana. Amalan seperti kunjung mengujung, bersalaman dan rumah terbuka perlu ditangguhkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini. Penjarakan sosial mesti dipraktikkan seperti waktu PKP ketika ini.
“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,”
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Awal ramadhan yang dijangka bermula 24 April ini, kira-kira empat hari sebelum PKP fasa ketiga tamat iaitu pada 28 April. Manakala 1 syawal dijangka jatuh pada 24 Mei bulan hadapannya.
Sumber: Harian Metro