fbpx

Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia

Ahmad Suhael

Jika anda pernah membaca artikel kami mengenai koleksi trip kereta api yang boleh anda cuba seumur hidup, anda pasti perasan salah satu darinya ialah Oriental Express.

Oriental Express merupakan kereta api mewah yang pernah beroperasi merentasi benua eropah suatu ketika dulu. Akibat daripada kemajuan teknologi dan ciptaan kereta api lebih laju, servisnya terpaksa dihentikan.

Namun begitu, syarikat swasta iaitu Belmond telah membeli gerabak asal daripada syarikat pemaju Oriental Express dan meneruskan nolstagia dengan nama Venice Simplon Orient Express (VSOE).

Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 1
Venice Simplon Orient Express. Foto via Forbes

Apa yang menariknya, syarikat Belmond ini juga mewujudkan konsep trip kereta api mewah ini merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand. Nama kereta api ini ialah Eastern & Oriental Express (E&O).

Berbeza dengan VSOE, gerabak yang digunakan bukan daripada gerabak Oriental Express yang asal tetapi ianya menggunakan gerabak Silver Star dari New Zealand. Namun, konsep mewah dan klasik asal daripada Oriental Express dikekalkan.

Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 2
Eastern & Oriental Express. Foto via Travel Nation

Seperti juga VSOE, E&O juga hanya beroperasi secara terhad iaitu antara 2 hingga 4 kali sebulan sahaja.

Perjalanan daripada Singapura ke Thailand menggunakan E&O akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Walaupun berada di dalam gerabak yang lama, kereta api ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan dan servis lima bintang.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis pilihan kabin yang iaitu Pullman, State dan President. Setiap kabin dilengkapi dengan kemudahan seperti katil, meja, sofa dan bilik air. Namun, ianya berbeza saiz dan ruang mengikut jenis pilihan kabin. Yang pastinya kabin President paling mahal!

Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 3
Foto via E&O
Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 4
Foto via E&O

Selain daripada kabinnya yang mewah dan kemudahan yang superb, makanan yang disediakan juga istimewa. Anda boleh memilih tempat duduk dan bertukar setiap kali waktu hidangan untuk memberi ruang bersosial.

Perkara lain yang menarik ialah E&O juga ianya mempunyai gerabak Observation; jenis kabin terbuka, lounge, ruangan bermain piano dan juga Saloon; ada ruang makan privasi, ruangan jualan cenderamata dan perpustakaan kecil.

Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 5
Foto via E&O
Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 6
Foto via E&O

Harga tiket keretapi Eastern & Oriental Express bermula dari $2,700 (~RM11,784) dan boleh mencecah hingga $7,800 (~RM34,320) seorang.

Walaupun harganya mahal, pakej yang ditawarkan laku keras dan ada yang telah habis dijual!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Eastern & Oriental Express untuk membuat tempahan sebelum pakej lain habis dijual

Sumber: The Man In Seat 61

Next Post

Vietnam Mula Buka Kawasan Pelancongan Sempena Cuti Umum

Berdasarkan rekod, Vietnam antara negara ASEAN yang merekodkan jumlah yang sedikit merekodkan kes wabak COVID-19 berbanding negara ASEAN lain. Jadi tidak hairanlah jika negara terbabit yakin untuk melonggarkan peraturan penjarakan sosial yang dikenakan di negara itu. Menurut laporan agensi berita Vietnam (VNA), beberapa kawasan pelancongan telahpun dibuka semula sempena cuti […]
Trip Kereta Api Mewah Ala Inggeris Merentasi Senanjung Malaysia 8