fbpx

Terjumpa Haiwan Liar Berkeliaran, Ini Yang Ada Perlu Lakukan

Ahmad Suhael

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilihat menjadi waktu kebebasan kepada haiwan liar. Memandangan orang ramai diarahkan duduk dirumah, haiwan-haiwan berani untuk berkeliaran di kawasan penempatan penduduk

Ini dibuktikan dengan satu video yang tular memaparkan empat ekor gajah berkeliaran di sekitar kawasan Petron Kenyir di Hulu Terengganu.

Namun, kejadian itu telah diambil berat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan menghantar petugas untuk mengenal pasti dan membantu sekiranya wujud ancaman terhadap penduduk sekitar.

Ekoran daripada itu, orang ramai yang terserempak dengan haiwan liar di kawasan penempatan mereka dinasihatkan supaya tidak panik dan diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

Next Post

Boleh Beraya Dengan Keluarga Terdekat Di Bawah PKPB?

Penurunan kadar kes terbaru di Malaysia memberikan ruang kepada kerajaan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanankan sebelum ini. Susulan daripada itu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pelonggaran yang diumumkan kerajaan membuatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti ada yang tertanya tanya apakah perayaan Aidilfitri […]
Terjumpa Haiwan Liar Berkeliaran, Ini Yang Ada Perlu Lakukan 2