Terpaksa Cantas Bunga Tulip Elak Pengunjung Datang

Festival bunga tulip sememangnya menjadi destinasi kunjungan di Jepun untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ setiap kali tiba musimnya.

Namun bagi mengekang kehadiran pengunjung yang masih berdegil datang ke kawasan tempat tersebut, pihak berkuasa Jepun terpaksa mencantas lebih 80,000 bunga tulip di daerah Chiba itu.

Sementara itu, di utara Tokyo lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.

Kerajaan Jepun yang sebelum ini mengishtiharkan darurat di tujuh daerah termasuk Chiba dan Tokya membuatkan festival terbabit terpaksa dibatalkan.

Bunga-bunga yang dicantas tidak dibuang begitu sahaja, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.

Sumber: Astro Awani