fbpx

Vietnam Mula Buka Kawasan Pelancongan Sempena Cuti Umum

Ahmad Suhael

Berdasarkan rekod, Vietnam antara negara ASEAN yang merekodkan jumlah yang sedikit merekodkan kes wabak COVID-19 berbanding negara ASEAN lain.

Jadi tidak hairanlah jika negara terbabit yakin untuk melonggarkan peraturan penjarakan sosial yang dikenakan di negara itu.

Menurut laporan agensi berita Vietnam (VNA), beberapa kawasan pelancongan telahpun dibuka semula sempena cuti National Reunification Day (30 April) dan May Day (1 Mei) yang lalu.

Antara destinasi yang bakal dibuka adalah ‘My Son Cultural Site’, bandar Nha Trang dan beberapa tempat di wilayah Kien Giang.

Namun begitu, berita gembira ini hanya terpakai untuk rakyat dan warga asing yang tinggal di Vietnam sahaja. Tetapi setiap pengunjung perlu memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial.

Sementara itu di Hanoi, perkhidmatan ‘hop on-hop off’ dan tempat  bersejarah letaknya Kubu Kota Thang Long dijadual beroperasi semula hanya pada cuti umum 30 April-1 Mei.

Sumber: Bernama

Next Post

Terpaksa Cantas Bunga Tulip Elak Pengunjung Datang

Festival bunga tulip sememangnya menjadi destinasi kunjungan di Jepun untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ setiap kali tiba musimnya. Namun bagi mengekang kehadiran pengunjung yang masih berdegil datang ke kawasan tempat tersebut, pihak berkuasa Jepun terpaksa mencantas lebih 80,000 bunga tulip di daerah Chiba itu. Sementara itu, di utara […]
Vietnam Mula Buka Kawasan Pelancongan Sempena Cuti Umum 2