Boleh Beraya Dengan Keluarga Terdekat Di Bawah PKPB?

Penurunan kadar kes terbaru di Malaysia memberikan ruang kepada kerajaan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanankan sebelum ini. Susulan daripada itu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelonggaran yang diumumkan kerajaan membuatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti ada yang tertanya tanya apakah perayaan Aidilfitri boleh disambut bersama keluarga.

Jika dilihat kepada senarai aktiviti masih yang dilarang di bawah PKPB ini, aktiviti sambutan hari raya adalah dilarang kecuali bersama ahli keluarga terdekat.

Boleh Beraya Dengan Keluarga Terdekat Di Bawah PKPB? 2

Related Post:
Pergerakan Daerah Dibenarkan Tapi Ziarah Aidilfitri Masih Dilarang

Menurut laporan Malaysia kini (MK), di bawah PKPB tiada lagi had masa yang dikenakan untuk sebarang pergerakan dan jarak juga tidak dihadkan kepada 10km. Pergerakan merentas daerah juga dibebaskan.

Walau bagaimanapun, pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibebaskan. Namun kepada sesiapa yang perlu merentas negeri boleh membuat permohonan di balai polis atau pihak berkuasa.

Namun, info terbaru yang dilaporkan oleh Berita Harian mengatakan sambutan hari raya aidilfitri seperti ziarah menziarahi adalah dilarang di bawah PKPB walaupun pergerakan rentas daerah dibenarkan.

Sumber:

1 – Malaysia Kini
2 – Senarai Aktiviti Dilaran
3 – Berita Harian