Berikutan daripada kebenaran merentas daerah yang dilonggar baru-baru ini, sesetengah pihak menyalah anggap kelonggaran terbabit membolehkan mereka untuk merentas daerah untuk menziarahi saudara-mara ketika Aidilfitri nanti.
Menurut laporan Berita Harian, pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.
Kebenaran merentas daerah memang telah dibenarkan namun merentas daerah untuk tujuan ziarah menziarahi sanak saudara di Aidilfitri nanti tidak dibenarkan.
Ini selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan pergerakan pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan.
Sumber: Berita Harian