Jutaan Rakyat China Sakan Melancong Dalam Negara Sempena Cuti Umum

Menjadi negara pertama yang mengesan wabak COVID-19, China antara negara terawal yang berjaya mengawal penularan wabak terbabit dengan awal-awal lagi telah membuat perintah berkurung di wilayah Wuhan.

Setelah menamatkan perintah berkurung yang dilaksanakan sejak 23 Januari lalu, rakyat China tidak menunggu lama untuk melancong semula seperti yang dijangka sebelum ini.

Sempena cuti empat hari yang dikenali sebagai “minggu keemasan”, kira-kkira 104 juta pengunjung di China dilapor mengunjungi lokasi pelancongan domestik, lapor media tempatan Xinhua.

Melalui foto yang dikongsi, pengunjung yang berada dilokasi percutian tetap perlu menjaga jarak sosial dan rata-rata dilihat menggunakan penutup muka sebagai langkah keselamatan.

Jutaan Rakyat China Sakan Melancong Dalam Negara Sempena Cuti Umum 2
Foto via lufkindailynews
Jutaan Rakyat China Sakan Melancong Dalam Negara Sempena Cuti Umum 3
Foto via lufkindailynews

Untuk rekod, China melaporkan lebih 83,000 kes jangkitan koronavirus dengan 4,637 kematian.

Sumber: Astro Awani