fbpx

Tak Sangka Masih Ada Negara Yang ‘Suci’ Dari COVID-19

Ahmad Suhael

Disaat dunia kini sudah melebihi 3.6 juta orang dijangkiti COVID-19 dengan 252,000 kematian, rupanya masih ada negara yang belum pernah lagi dijangkiti wabak tersebut.

Antara negara yang masih lagi bebas COVID-19 ialah Korea Utara, Turkmenistan, Lesotho, Solomon Island, Vanuatu, Samoa, Kiribati, Micronesia, Tonga, Marshall Islands, Palau, Tuvalu dan Nauru.

Majoriti negara ini masih lagi dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

Walau bagaimanapun, situasi ini tidak hairan kerana majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan jarang menerima kontak dari luar.

Dua nama negara besar iaitu Korea Utara dan Turkmenistan pula antara negara yang sangat mengawal penularan berita dan info daripada tersebar menjadikan kedua negara ini tiada merekodkan pesakit COVID-19.

Sumber: Harian Metro

Next Post

Jutaan Rakyat China Sakan Melancong Dalam Negara Sempena Cuti Umum

Menjadi negara pertama yang mengesan wabak COVID-19, China antara negara terawal yang berjaya mengawal penularan wabak terbabit dengan awal-awal lagi telah membuat perintah berkurung di wilayah Wuhan. Setelah menamatkan perintah berkurung yang dilaksanakan sejak 23 Januari lalu, rakyat China tidak menunggu lama untuk melancong semula seperti yang dijangka sebelum ini. […]
Tak Sangka Masih Ada Negara Yang 'Suci' Dari COVID-19 2