Tak Sangka Masih Ada Negara Yang ‘Suci’ Dari COVID-19

Disaat dunia kini sudah melebihi 3.6 juta orang dijangkiti COVID-19 dengan 252,000 kematian, rupanya masih ada negara yang belum pernah lagi dijangkiti wabak tersebut.

Antara negara yang masih lagi bebas COVID-19 ialah Korea Utara, Turkmenistan, Lesotho, Solomon Island, Vanuatu, Samoa, Kiribati, Micronesia, Tonga, Marshall Islands, Palau, Tuvalu dan Nauru.

Majoriti negara ini masih lagi dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

Related Post

Walau bagaimanapun, situasi ini tidak hairan kerana majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan jarang menerima kontak dari luar.

Dua nama negara besar iaitu Korea Utara dan Turkmenistan pula antara negara yang sangat mengawal penularan berita dan info daripada tersebar menjadikan kedua negara ini tiada merekodkan pesakit COVID-19.

Sumber: Harian Metro

This website uses cookies.