fbpx

Tempoh Sah Kredit Akaun AirAsia Lanjut Sehingga 2 Tahun

Ahmad Suhael

Krisis wabak pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada industri pelancongan. Antara syarikat yang paling terjejas ialah syarikat penerbangan. Ini kerana terpaksa menggantung penerbangan mereka buat sementara waktu.

Kesan daripada itu, mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada tuntutan bayaran balik yang diminta oleh para pelanggan. Sebagai alternatif, syarikat penerbangan telah memberi tawaran kredit kepada pelanggan berbanding bayaran balik.

Tempoh kredit selama 1 tahun yang diberikan dikatakan tidak setimpal dengan situasi wabak yang belum lagi nampak jalan pengakhirannya.

Namun, info terbaru AirAsia telah pun melanjutkan tamat tempoh kredit yang sebelum ini hanya 1 tahun menjadi 2 tahun selain daripada memberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

Tempoh lanjutan tamat tempoh kredit ini boleh dipohon melalui AVA di laman sesawang AirAsia.

Bagi anda yang menempah penerbangan sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh memilih daripada 2 pilihan.

1 – Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had:

Penukaran tarikh penerbangan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama namun tertakluk kepada tempat duduk yang ada.

2 – Akaun Kredit:

Jumlah kredit yang dikekalkan di dalam akaun Ahli AirAsia BIG boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan dan boleh digunakan untuk perjalanan masa akan datang bersama AirAsia. Tarikh perjalanan pula boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut jadual penerbangan AirAsia.

Namun tidak semua pelanggan AirAsia bakal mendapat kelebihan ini. Hanya pelanggan yang menempah melalui laman sesawang AirAsia layak manakala untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

Sumber: AirAsia

Next Post

Tak Sangka Masih Ada Negara Yang 'Suci' Dari COVID-19

Disaat dunia kini sudah melebihi 3.6 juta orang dijangkiti COVID-19 dengan 252,000 kematian, rupanya masih ada negara yang belum pernah lagi dijangkiti wabak tersebut. Antara negara yang masih lagi bebas COVID-19 ialah Korea Utara, Turkmenistan, Lesotho, Solomon Island, Vanuatu, Samoa, Kiribati, Micronesia, Tonga, Marshall Islands, Palau, Tuvalu dan Nauru. Majoriti […]
Tempoh Sah Kredit Akaun AirAsia Lanjut Sehingga 2 Tahun 2