PKP Dilanjutkan Lagi, Ziarah Raya Hanya Boleh Di Dalam Negeri Sama

Terbaru perutusan YAB Perdana Menteri menyatakan PKP akan dilanjutkan Lagi 4 minggu.

Ini kerana masih ada lagi langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk memerangi Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang disentuh, antaranya ialah ziarah hari raya ketika waktu PKP ini.

Menerusi video perutusan yang dikongsikan, ziarah hari raya dibolehkan dengan jiran terdekat dan keluarga yang berada dalam negeri yang sama.

Namun aktiviti ziarah mestilah terhad dan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Ziarah raya merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

Sumber: Astro Awani