fbpx

3 Negeri Benarkan Makan Di Dalam Premis

Ahmad Suhael

3 Negeri telah membenarkan orang ramai untuk makan dan minum di premis makanan. Negeri yang terlibat ialah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun perkara itu mesti dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Penjarakan sosial mestilah dilaksanakan seperti yang disarankan.

Namun di Kelantan orang masih lagi tidak dibenarkan untuk makan dan minum di premis makanan. Hanya pembelian makanan secara bungkus sahaja.

Tambahan lagi semua restoran dan kedai makan di Kelantan dibenarkan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 10 malam, berbanding hanya setakat 6.30 petang seperti sebelum ini.

Bermula hari raya ketiga akan datang, pengusaha kedai makan dan restoran akan dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber:

  1. Bernama
  2. Astro Awani
  3. Harian Metro
Next Post

Rentas Daerah Berhari Raya Dibenarkan, Namun Tertakluk Kepada SOP

Terbaru menerusi sesi siaran langsung yang dibuat bersama Dato Seri Ismail Sabri melalui laman Facebook Berita Harian menyatakan rentas daerah adalah dibenarkan. Namun, segala Standard Operating Procedure (SOP) haruslah dipatuhi iaitu tidak melebihi 20 orang namun bergantung kepada kapasiti ruang bagi mengekalkan perjarakkan sosial antara satu sama lain. Ini bermaksud […]
3 Negeri Benarkan Makan Di Dalam Premis 2