fbpx

6 Positif COVID-19, Penumpang AirAsia KL-Tawau Di Minta Tampil Buat Saringan

Ahmad Suhael

Ekoran daripada enam daripada penumpang AirAsia bagi laluan KL-Tawau didapati positif, 396 penumpang yang lain diminta segera tampil untuk membuat saringan kesihatan.

Jumlah tersebut adalah daripad jumlah penumpang dalam dua penerbangan yang berasingan iaitu penerbangan AK5743 pada 1hb Mei 2020 dan AK574- pada 4hb Mei 2020.

Dilaporkan daripada jumlah itu adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar yang berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata risiko jangkitan adalah amat tingi walaupun penumpang memakai pelitup muka.

Untuk rekod sehingga Selasa, negeri Sabah telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 328 kes positif, manakala 293 kes telah sembuh dan 31 kes lagi masih menerima rawatan.

Sumber: Astro Awani

Next Post

3 Negeri Benarkan Makan Di Dalam Premis

3 Negeri telah membenarkan orang ramai untuk makan dan minum di premis makanan. Negeri yang terlibat ialah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun perkara itu mesti dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Penjarakan sosial mestilah dilaksanakan seperti yang disarankan. Namun di Kelantan orang masih lagi tidak […]
6 Positif COVID-19, Penumpang AirAsia KL-Tawau Di Minta Tampil Buat Saringan 2