6 Positif COVID-19, Penumpang AirAsia KL-Tawau Di Minta Tampil Buat Saringan

Ekoran daripada enam daripada penumpang AirAsia bagi laluan KL-Tawau didapati positif, 396 penumpang yang lain diminta segera tampil untuk membuat saringan kesihatan.

Jumlah tersebut adalah daripad jumlah penumpang dalam dua penerbangan yang berasingan iaitu penerbangan AK5743 pada 1hb Mei 2020 dan AK574- pada 4hb Mei 2020.

Dilaporkan daripada jumlah itu adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar yang berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Related Post

Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata risiko jangkitan adalah amat tingi walaupun penumpang memakai pelitup muka.

Untuk rekod sehingga Selasa, negeri Sabah telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 328 kes positif, manakala 293 kes telah sembuh dan 31 kes lagi masih menerima rawatan.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.