Arab Saudi hari ni mengumumkan kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 3 kali ganda berkuat kuasa awal Julai akan datang.
Perubahan VAT ini dijangka akan meningkatkan kos mengerjakan haji dan umrah. Harga semasa yang ditawarkan kebanyakan agensi turut bergantung kepada dua situasi iaitu kenaikan harga ditetapkan Arab Saudi dan juga tambang tiket kapal terbang.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al Jadaan bagi menangani krisis ekonomi akibat wabak koronavirus (Covid-19). Tambahan lagi, kerajaan Arab Saudi juga terpaksa menghentikan elaun kos sara hidup mulai Jun 2020.
Selain itu, pembaharuan ini dikatakan berkait rapat dengan harga minyak dunia yang jatuh teruk membuatkan kebanyakan negara membuat perubahan bagi menambah pendapatan negara.
Sumber: Sinar Harian