fbpx

Ini Hadiah Kepada Barisan Hadapan Seluruh Dunia Daripada Qatar Airways

Ahmad Suhael

Berita baik untuk ‘frontliner’ daripada Qatar Airways. Qatar Airwats menawarkan 100,000 tiket percuma kepada barisan hadapan dan pasukan perubatan di seluruh dunia.

Hadiah ini sebagaikan tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam melawan wabak pandemik COVID-19 ini.

“Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini,”

Umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.
Ini Hadiah Kepada Barisan Hadapan Seluruh Dunia Daripada Qatar Airways 1
Foto via Qatar Airways

Mereka yang layak dan ingin mendapatkan tawaran boleh layari laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes. Tawaran ini akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei untuk pendaftaran.

Dengan tawaran ini pelanggan akan yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma ke mana sahaja di rangkaian Qatar Airways.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

Harga Tunai Haji Dan Umrah Dijangka Naik

Arab Saudi hari ni mengumumkan kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 3 kali ganda berkuat kuasa awal Julai akan datang. Perubahan VAT ini dijangka akan meningkatkan kos mengerjakan haji dan umrah. Harga semasa yang ditawarkan kebanyakan agensi turut bergantung kepada dua situasi iaitu kenaikan harga ditetapkan Arab Saudi dan juga […]
Ini Hadiah Kepada Barisan Hadapan Seluruh Dunia Daripada Qatar Airways 3