fbpx

Pendakian Gunung Kinabalu Di Buka 16 Mei Ini

Ahmad Suhael 1

Sejak penutupannya pada 18 Mac 2020 ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sabtu ini laluan pendakian Gunung Kinabalu bakal di buka.

Namun, menurut Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim laluan pendakian hanya terhad kepada 100 pendaki pada satu-satu masa dan perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Sempena pembukaan pada Sabtu ini harga yuran masuk ke TTS diberikan diskaun 50 peratus selama 6 bulan bermula Sabtu ini.

Pendakian Gunung Kinabalu Di Buka 16 Mei Ini 1
Foto via The Culture Trip

Walaubagaimanapun, bayaran permit pendakian pula tetap sama iaitu bagi warganegara dewasa RM50 dan bagi yang berumur 18 tahun ke bawah RM30. Bagi pelancong asing pula dewasa RM200 dan kanak-kanak RM80.

Jika anda memerlukan perkhidmatan malim, bayaran tambahan sebanyak RM230 dan insurans RM7 perlu ditambah. Manakala kemudahan penginapan dan makan pula perlu tambah lagi RM400.

Sumber: Astro Awani

One thought on “Pendakian Gunung Kinabalu Di Buka 16 Mei Ini

Comments are closed.

Next Post

Ini Hadiah Kepada Barisan Hadapan Seluruh Dunia Daripada Qatar Airways

Berita baik untuk ‘frontliner’ daripada Qatar Airways. Qatar Airwats menawarkan 100,000 tiket percuma kepada barisan hadapan dan pasukan perubatan di seluruh dunia. Hadiah ini sebagaikan tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam melawan wabak pandemik COVID-19 ini. “Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini,” […]
Pendakian Gunung Kinabalu Di Buka 16 Mei Ini 3