Rentas Daerah Berhari Raya Dibenarkan, Namun Tertakluk Kepada SOP

Terbaru menerusi sesi siaran langsung yang dibuat bersama Dato Seri Ismail Sabri melalui laman Facebook Berita Harian menyatakan rentas daerah adalah dibenarkan.

Namun, segala Standard Operating Procedure (SOP) haruslah dipatuhi iaitu tidak melebihi 20 orang namun bergantung kepada kapasiti ruang bagi mengekalkan perjarakkan sosial antara satu sama lain.

Ini bermaksud jika ruang rumah kecil bermakna maksimum ahli rumah boleh jadi kurang daripada 20 orang.

Boleh lihat di minit ke 31.19.

Sumber: Berita Harian