fbpx

Pakistan International Airlines Terhempas Di Karachi

Ahmad Suhael

Terbaru penerbangan Pakistan Internatonal Airlines (PIA) dikatakan terhempas berhampiran lapangan terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah.

Pesawat PK-8303 yang membawa seramai 91 dan tujuh anak kapal itu dikatakan telah kehilangan kedua-dua enjin pesawat melalui mesej yang didapati oleh Pengendali Lalu Lintas Udara daripada Juruterbang sebelum terhempas.

Pesawat terbabit terhempas di kawasan perumahan yang padat penduduk – kawasan Jinnah Garden berhampiran Model Colony di Malir. Runtuhan dan kepulan asap dilihat di beberapa rumah yang terlibat seperti yang tular di laman Twitter.

Menurut laporan NDTV, 25 penduduk yang cedera dalam nahas telah dibawa ke hospital. Namun, kerja-kerja menyelamat dilihat agak sukar kerana kejadian berlaku di kawasan perumahan ekoran kehadiran orang ramai dan jalan yang sempit.

Sumber: NDTV

Next Post

Kecoh Di Turki Masjid Pasang Lagu 'Bela Ciao' Bukannya Azan

Pembesar suara di masjid-masjid sememangnya hanya melaungkan azan ketika masuknya waktu solat. Namun, kejadian pelik berlaku di Izmir, Turki di mana azan tidak melaungkan azan tetapi lagu bertajuk ‘Bella Ciao’. lagu Bella Ciao merupakan lagu protes rakyat Itali yang berasal dari kesulitan hidup para wanita mondina. Mereka adalah pekerja sawah […]
Pakistan International Airlines Terhempas Di Karachi 2