fbpx

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19

Industri pelancongan antara yang paling terjejas akibat wabak pandemik COVID-19. Ditambah lagi dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk dirumah sahaja dan semua permis yang tidak penting tidak dibenarkan beroperasi.

Ini termasuklah industri perhotelan. Di mana banyak hotel terpaksa tidak lagi menerima tetamu selama hampir lebih 3 bulan sejak PKP dilaksanan. Kesannya, pendapatan pengusaha hotel terjejas.

Akibat daripada itu, kebanyakan pengusaha hotel terpaksa mengambil langkah drastik untuk menghentikan operasi mereka untuk mengelakkan terus rugi.

Berikut adalah lima hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu.

1- G City Club Hotel Sdn Bhd

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 1
Foto via Malay Mail

G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.

2 – Plenitude Bhd

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 2
Foto via Agoda

Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain.

3 – Ramada Plaza Melaka Hotel

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 3
Foto via NST

Ramada Plaza Melaka Hotel yang mempunyai 294 bertaraf lima bintang turut tidak terkecuali daripada berdepan penutupan.Ia telah mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.

4 – Syeun Hotel

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 4

Salah sebuah hotel tertua di Ipoh, Syeun Hotel, adalah yang terbaru untuk menutup pintunya secara kekal kerana kesan wabak COVID-19. Notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis (30 April) yang dihantar kepada kakitangannya yang menyatakan bahawa hotel akan ditutup pada akhir 31 Mei telah diedarkan secara meluas di media sosial.

5 – Kinta Roverfront Hotel and Suites

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 5

Kinta Riverfront Hotel and Suites ditutup pada 30 April dan merupakan yang kedua untuk mengumumkan penutupan di Ipoh kerana PKP, setelah Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupannya awal bulan ini. Penutupan ini adalah kekal.

Penutupan hotel dan lain-lain syarikat yang terkesan akibat wabak ini dilihat yang akan berterusan jika negara belum pulih sepenuhnya daripada wabak ini.

Sumber: Astro Awani

2 thoughts on “Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19

Comments are closed.

Next Post

2 Negara Ini Tawar Subsidi Untuk Pelancong Datang Melancong

Umum ketahui dunia sekarang sedang menghadapi krisis wabak pandemik COVID-19. Kesannya, banyak negera terkesan dari segi ekonominya terutamanya yang bergantung kepada industri pelancongan. Industri pelancongan sangat terkesan kerana wabak ini telah memghalang orang ramai untuk berkumpul berkunjung ke destinasi pelancongan. Penerbangan, hotel, muzium dan banyak pusat peranginan yang terpaksa menutup […]
Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19 7