fbpx

Kecoh Di Turki Masjid Pasang Lagu ‘Bela Ciao’ Bukannya Azan

Ahmad Suhael

Pembesar suara di masjid-masjid sememangnya hanya melaungkan azan ketika masuknya waktu solat. Namun, kejadian pelik berlaku di Izmir, Turki di mana azan tidak melaungkan azan tetapi lagu bertajuk ‘Bella Ciao’.

lagu Bella Ciao merupakan lagu protes rakyat Itali yang berasal dari kesulitan hidup para wanita mondina. Mereka adalah pekerja sawah pada akhir abad ke-19 bagi menzahirkan protes mereka ke atas suasana kerja di sawah.

Kejadian yang berlaku pada Rabu, 20 Mei 2020 itu nyata mengejutkan ramai orang. Ada yang merakam dan berkongsi kejadian tersebut di media sosial.

Namun menurut kenyataan daripada Pengarah Agama Kota Izmir menyatakan kemungkinan wujud sabotaj oleh individu yang tidak dikenali, lapor media Turki.

Insiden ini telah pun menjadi kes siasatan polis kerana adanya unsur sabotaj.

Sumber: Hurriyet Daily News

Next Post

Pelancong Asing Boleh Transit Di Lapangan Terbang Changi Mulai Jun

Industri yang paling terjejas akibat COVID-19 pasti industri pelancongan. Lapangan terbang yang sebelum ini sibuk menjadi lengang akibat perinteh berkurung dan sekatan sempadan dibuat.. Kebanyakan pesawat pula hanya dilihat parkir kerana banyak penerbangan yang digantung. Namun sejak awal Mei, banyak negara telahpun melonggarkan perintah berkurung dengan membolehkan rakyat bergerak di […]
Kecoh Di Turki Masjid Pasang Lagu 'Bela Ciao' Bukannya Azan 2