fbpx

Pelancong Asing Boleh Transit Di Lapangan Terbang Changi Mulai Jun

Ahmad Suhael

Industri yang paling terjejas akibat COVID-19 pasti industri pelancongan. Lapangan terbang yang sebelum ini sibuk menjadi lengang akibat perinteh berkurung dan sekatan sempadan dibuat.. Kebanyakan pesawat pula hanya dilihat parkir kerana banyak penerbangan yang digantung.

Namun sejak awal Mei, banyak negara telahpun melonggarkan perintah berkurung dengan membolehkan rakyat bergerak di dalam negara dan banyak sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka dan beroperasi.

Malayia antaranya yang telah membenarkan beberapa syarikat penerbangan beroperasi antaranya AirAsia dan juga Malaysia Airlines.

Manakala Singapura pula telah membenarkan pelancong luar untuk transit di Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur mulai 2 Jun 2020 nanti.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), ini adalah sebahagian strategi dalam mengembalikan keperluan ekonomi kepada rakyat sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat.

Untuk memastikan penumpang transit kekal berada di kemudahan transite dan tidak bercampur, langkah-langkah ketat akan dilaksanakan menurut CAAS.

Sumber: Astro Awani

Next Post

Antara Hotel 5 Bintang Yang Terpaksa Ditutup Kerana COVID-19

Industri pelancongan antara yang paling terjejas akibat wabak pandemik COVID-19. Ditambah lagi dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk dirumah sahaja dan semua permis yang tidak penting tidak dibenarkan beroperasi. Ini termasuklah industri perhotelan. Di mana banyak hotel terpaksa tidak lagi […]
Pelancong Asing Boleh Transit Di Lapangan Terbang Changi Mulai Jun 2