Pelancong Asing Boleh Transit Di Lapangan Terbang Changi Mulai Jun

Industri yang paling terjejas akibat COVID-19 pasti industri pelancongan. Lapangan terbang yang sebelum ini sibuk menjadi lengang akibat perinteh berkurung dan sekatan sempadan dibuat.. Kebanyakan pesawat pula hanya dilihat parkir kerana banyak penerbangan yang digantung.

Namun sejak awal Mei, banyak negara telahpun melonggarkan perintah berkurung dengan membolehkan rakyat bergerak di dalam negara dan banyak sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka dan beroperasi.

Malayia antaranya yang telah membenarkan beberapa syarikat penerbangan beroperasi antaranya AirAsia dan juga Malaysia Airlines.

Manakala Singapura pula telah membenarkan pelancong luar untuk transit di Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur mulai 2 Jun 2020 nanti.

Related Post

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), ini adalah sebahagian strategi dalam mengembalikan keperluan ekonomi kepada rakyat sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat.

Untuk memastikan penumpang transit kekal berada di kemudahan transite dan tidak bercampur, langkah-langkah ketat akan dilaksanakan menurut CAAS.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.