2 Negara Ini Tawar Subsidi Untuk Pelancong Datang Melancong

Umum ketahui dunia sekarang sedang menghadapi krisis wabak pandemik COVID-19. Kesannya, banyak negera terkesan dari segi ekonominya terutamanya yang bergantung kepada industri pelancongan.

Industri pelancongan sangat terkesan kerana wabak ini telah memghalang orang ramai untuk berkumpul berkunjung ke destinasi pelancongan. Penerbangan, hotel, muzium dan banyak pusat peranginan yang terpaksa menutup servis mereka buat sementara waktu.

Namun selepas beberapa bulan wabak ini yang dilihat beransur kurang, beberapa negara telah membuat initiatif bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke negara mereka. Negara tersebut adalah:

1 – Pulau Sicily, Itali

Pulau Itali Sicily akan membayar sebahagian daripada kos perjalanan anda untuk datang dan berkunjung ke pulau itu selepas kelonggaran COVID-19 dilaksanakan yang dijangka pada pada akhir tahun ini . Skim ini dijangka menelan belanja sebanyak €50 million

Pulau Sicily telah mengumumkan bahawa ia akan menanggung separuh daripada tiket penerbangan pelancong dan juga satu malam dari tiga kos penginapan di hotel.

Selain itu tiket percuma akan diberikan untuk lawatan ke muzium dan tapak arkeologi. Anda yang berminat boleh mendapatkan baucer di laman web Visit Sicily.

Sejak Itali ditutup pada 10 Mac, Pulau terbabit telah kehilangan pendapatan €1 bilion yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan pelancongan datang ke pulau itu.

2 – Japan

Japan yang juga negara yang dilanda COVID-19 juga bercadang untuk menggunakan initiatif yang sama demi memenuhkan negara mereka dengan pelancong.

Ketua Agensi Pelancongan Jepun melaporkan bahawa kerajaan Jepun dijangka akan menawarkan subsidi separuh untuk perbelanjaan domestik di Jepun demi meningkatkan kedatangan pelancong ke negara terbabit.

Walaupun masih belum ada butiran berkenaan tawaran ini, ianya dijangka akan dilancarkan pada Julai 2020 namun bergantung kepada bilakah kerajaan Jepun akan menamatkan darurat dan sekatan sempadan.

Dilaporkan Kerajaan Jepun akan membelanjakan USD12 bilion (~RM52 bilion) untuk pelan tersebut tetapi demi merancakkan kembali sektor pelancongan mereka yang terjejas teruk.

Menurut Japan Times, bilangan pelancong turun 99.99%, dengan hanya 2,900 pelancong dari luar negara melancong ke Jepun sepanjang April menjadikan jumlah tersebut paling sedikit dicatatkan sejak tahun 1964.

Sumber:
1. Forbes
2. Forbes