fbpx

Genting Malaysia Bhd Dijangka Akan Buang Ramai Pekerja

Ahmad Suhael 1

Kesan daripada wabak pandemik COVID-19 ini membuatkan banyak syarikat terpaksa gulung tikar, hotel banyak tutup dan banyak pusat peranginan terkesan kerana sumber pendapatan berkurang akibat kekurangan pelancong.

Antaranya ialah pusat peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Genting. Sejak pelaksanaan PKP, kesemua cawangan hotel, resort dan kasino yang terletak di Genting Highland dan beberapa resort di Langkawi dan Terengganu milik Genting telah ditutup sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Sekatan sempadan dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sememangnya memberi kesan kepada Genting yang sememangnya menerima tetamu daripada luar negara.

Terkesan akibat perlaksanaan PKP ini, Genting Malaysia Bhd dikhabarkan akan melakukan penstruturan semula operasi mereka dan dijangka akan mengurangkan pekerja.

Syarikat itu perlu menstruktur semula operasinya di Malaysia dengan memberhentikan lebihan pekerja serta menawarkan skim pemberhentian kerja sukarela dan bersama.

Naib presiden kanan Genting, Quan Cher Siong

Genting Malaysia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM417.96 juta untuk suku tahunan kesan daripada krisis wabak COVID ke atas operasi perniagaannya di seluruh dunia.

Tambah Quan Cher Siong lagi, syarikat terbabit pastinya berdepan cabaran bagi meraih tahap perniagaan yang dinikmati syarikat sebelum tercetusnya pandemik ini.

Sumber: FMT

One thought on “Genting Malaysia Bhd Dijangka Akan Buang Ramai Pekerja

Comments are closed.

Next Post

Switzerland Dijangka Buka Sempadan Untuk Tiga Negara Menjelang 15 Jun

Sudah 5 bulan krisis wabak pandemik COVID-19 telah melanda dunia. Walaupun wabak ini masih belum sepenuhnya reda, ianya dilihat beransur-ansur kurang dengan perlaksanaan perintah berkurung dan sekatan sempadan. Namun, beberapa negara sudah mula melonggarkan peraturan dengan membenarkan beberapa sektor beroperasi demi merancakkan kembali ekonomi. Antaranya ialah sektor pelancongan yang terjejas […]
Genting Malaysia Bhd Dijangka Akan Buang Ramai Pekerja 2