Kesan daripada wabak pandemik COVID-19 ini membuatkan banyak syarikat terpaksa gulung tikar, hotel banyak tutup dan banyak pusat peranginan terkesan kerana sumber pendapatan berkurang akibat kekurangan pelancong.
Antaranya ialah pusat peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Genting. Sejak pelaksanaan PKP, kesemua cawangan hotel, resort dan kasino yang terletak di Genting Highland dan beberapa resort di Langkawi dan Terengganu milik Genting telah ditutup sejak 18 Mac 2020 yang lalu.
Sekatan sempadan dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sememangnya memberi kesan kepada Genting yang sememangnya menerima tetamu daripada luar negara.
Terkesan akibat perlaksanaan PKP ini, Genting Malaysia Bhd dikhabarkan akan melakukan penstruturan semula operasi mereka dan dijangka akan mengurangkan pekerja.
Naib presiden kanan Genting, Quan Cher SiongSyarikat itu perlu menstruktur semula operasinya di Malaysia dengan memberhentikan lebihan pekerja serta menawarkan skim pemberhentian kerja sukarela dan bersama.
Genting Malaysia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM417.96 juta untuk suku tahunan kesan daripada krisis wabak COVID ke atas operasi perniagaannya di seluruh dunia.
Tambah Quan Cher Siong lagi, syarikat terbabit pastinya berdepan cabaran bagi meraih tahap perniagaan yang dinikmati syarikat sebelum tercetusnya pandemik ini.
Sumber: FMT