fbpx

Iceland Dibuka Kepada Pelancong Dengan Ujian Saringan Percuma

Ahmad Suhael 2

Rata-rata negara mula mengorak langkah melonggarkan peraturan sekatan sempadan bagi menggalakkan pelancong datang ke negara masing-masing walaupun wabak pandemik COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.

Selain Jepun dan Sicily Island, Iceland juga merangka beberapa pelan untuk menarik pelancong ke negara mereka. Perdana Menteri Iceland, Katrin Jacobsdottir mengumumkan bermula 15 Jun depan negara terbabit akan membuka sempadan untuk pelancongan.

Bagi memastikan kelonggaran itu tidak menyebabkan penularan wabak COVID-19, kerajaan Iceland juga akan menaja sepenuhnya kos ujian saringan COVID-19 buat pelancong yang tiba ke negara tersebut di setiap lapangan terbang yang ada.

Pelancong yang didapati negatif, boleh meneruskan pengembaraan. Jika positif, mereka boleh melakukan proses kuarantin diri selama dua minggu sebelum meneruskan aktiviti.

Jika langkah pertama berjaya, kerajaan Iceland dikatakan akan memperkembangkan lagi langkah ujian saringan di lain-lain pintu masuk Iceland seperti di lapangan terbang kecil, dan jeti.

Sumber: Matador Networks

2 thoughts on “Iceland Dibuka Kepada Pelancong Dengan Ujian Saringan Percuma

Comments are closed.

Next Post

Genting Malaysia Bhd Dijangka Akan Buang Ramai Pekerja

Kesan daripada wabak pandemik COVID-19 ini membuatkan banyak syarikat terpaksa gulung tikar, hotel banyak tutup dan banyak pusat peranginan terkesan kerana sumber pendapatan berkurang akibat kekurangan pelancong. Antaranya ialah pusat peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Genting. Sejak pelaksanaan PKP, kesemua cawangan hotel, resort dan kasino yang terletak di Genting […]
Iceland Dibuka Kepada Pelancong Dengan Ujian Saringan Percuma 2