Iceland Dibuka Kepada Pelancong Dengan Ujian Saringan Percuma

Rata-rata negara mula mengorak langkah melonggarkan peraturan sekatan sempadan bagi menggalakkan pelancong datang ke negara masing-masing walaupun wabak pandemik COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.

Selain Jepun dan Sicily Island, Iceland juga merangka beberapa pelan untuk menarik pelancong ke negara mereka. Perdana Menteri Iceland, Katrin Jacobsdottir mengumumkan bermula 15 Jun depan negara terbabit akan membuka sempadan untuk pelancongan.

Bagi memastikan kelonggaran itu tidak menyebabkan penularan wabak COVID-19, kerajaan Iceland juga akan menaja sepenuhnya kos ujian saringan COVID-19 buat pelancong yang tiba ke negara tersebut di setiap lapangan terbang yang ada.

Related Post

Pelancong yang didapati negatif, boleh meneruskan pengembaraan. Jika positif, mereka boleh melakukan proses kuarantin diri selama dua minggu sebelum meneruskan aktiviti.

Jika langkah pertama berjaya, kerajaan Iceland dikatakan akan memperkembangkan lagi langkah ujian saringan di lain-lain pintu masuk Iceland seperti di lapangan terbang kecil, dan jeti.

Sumber: Matador Networks

This website uses cookies.