fbpx

Switzerland Dijangka Buka Sempadan Untuk Tiga Negara Menjelang 15 Jun

Ahmad Suhael 2

Sudah 5 bulan krisis wabak pandemik COVID-19 telah melanda dunia. Walaupun wabak ini masih belum sepenuhnya reda, ianya dilihat beransur-ansur kurang dengan perlaksanaan perintah berkurung dan sekatan sempadan.

Namun, beberapa negara sudah mula melonggarkan peraturan dengan membenarkan beberapa sektor beroperasi demi merancakkan kembali ekonomi. Antaranya ialah sektor pelancongan yang terjejas teruk.

Selepas Iceland, Switzerland pula mengumumkan pembukaan semula sempadan kepada orang luar bermula 15 Jun ini. Namun pembukaan sempadan ini hanya terhad kepada tiga negara jirannya sahaja iaitu Austria, Jerman dan Perancis.

“Jika perkembangan epidemiologi membenarkannya. Ini juga bermakna kita boleh kembali melaksanakan kebebasan perjalanan, kami sasarkan untuk membuka sempadan sepenuhnya dengan Jerman, Austria dan Perancis pada 15 Jun”

Ketua Jabatan Kehakiman dan Kepolisan, Karin Keller-Sutter

Ketika ini, Switzerland hanya membenarkan penghantaran kargo dan pekerja rentas sempadan yang mempunyai pengecualian had.

Switzerland merupakan negara bukan anggota Kesatuan Eropah (EU) namun ia adalah sebahagian daripada kawasan Schengen yang membolehkan perjalanan bebas visa di dalam Eropah.

Sumber: Astro Awani

2 thoughts on “Switzerland Dijangka Buka Sempadan Untuk Tiga Negara Menjelang 15 Jun

Comments are closed.

Next Post

Gondola Venice Di Itali Kembali Beroperasi

Walaupun sebelum ini Itali dipalit dengan negara yang paling teruk merekodkan kes positif COVID-19 sebelum di potong Amerika, kini Itali sudah mula beransur-ansur pulih. Sekatan dan perintah berkurung yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negara terbabit mula dilonggarkan. Kelonggaran ini membolehkan servis gondola Venice yang popular di negara […]
Switzerland Dijangka Buka Sempadan Untuk Tiga Negara Menjelang 15 Jun 2