Gondola Venice Di Itali Kembali Beroperasi

Walaupun sebelum ini Itali dipalit dengan negara yang paling teruk merekodkan kes positif COVID-19 sebelum di potong Amerika, kini Itali sudah mula beransur-ansur pulih.

Sekatan dan perintah berkurung yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negara terbabit mula dilonggarkan. Kelonggaran ini membolehkan servis gondola Venice yang popular di negara terbabit beroperasi kembali.

Walaupun dibenarkan beroperasi, Standard Operating Procedure (SOP) yang disarankan seperti menjaga jarak dan memakai topeng muka mesti dipatuhi oleh pengendali-pengendali gondola.

Related Post

Pita diletakkan ditempat duduk bagi memastikan penjarakkan sosial dipatuhi. Malah pengendali gondola juga memakai topeng muka dan sarung tangan semasa membantu penumpang menaiki gondola.

Menurut Pegawai Perbandaran Untuk Perlindungan Tradisi, Giovanni Giusto, kembalinya servis gondola ini menunjukkan keinginan semua orang untuk kembali menjalani kehidupan normal secepat mungkin tanpa mengabaikan langkah berjaga-jaga.

Sumber: Sinar Harian

This website uses cookies.