fbpx

Kelantan Wajibkan Ujian Saringan Jika Ingin Ke Negeri Itu

Ahmad Suhael

Kelantan menjadi negeri pertama mewajibkan ujian saringan koronavirus COVID-19 kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri terbabit mulai 27 Mei 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan Dr Izani Husin berkata, arahan ini termasuklah mereka yang datang melalui pengangkutan darat dan udara.

“Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),”

– Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan Dr Izani Husin

Tambah beliau lagi keputusan ini dibuat susulan kes seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan.

Bagi menjayakan perlaksanaan ujian saringan ini kepada orang ramai yang masuk ke Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Next Post

Thailand Masih Larang Penerbangan Antarabangsa Sehingga Penghujung Jun

Walaupun beberapa negara seperti Iceland dan Switzerland bakal melonggarkan sekatan sempatan mulai Jun ini, Thailand mengambil pendekatan yang berlainan dengan mengekalkan sekatan sempadan sehingga penghujung Jun. Larangan itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 dari luar ke negara terbabit. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand […]
Kelantan Wajibkan Ujian Saringan Jika Ingin Ke Negeri Itu 2