fbpx

Australia Dijangka Benarkan Perjalanan Ke New Zealand Berbanding Daerahnya

Ahmad Suhael

Rakyat Australia boleh bergerak merentas Australia ke New Zealand tetapi tidak boleh merentas daerah. Itulah hakikatnya seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Merentas daerah di dalam Australia masih dilarang susulan beberapa pemimpin daerah enggan membuka semula sempadan akibat wabak COVID-19.

Namun, perjalanan daripada Australia ke New Zealand dijangka akan berlaku selepas Perdana Menteri Australia Scott Morrison telah berbincang dan mendapat persetujuan bersama Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.

“Ada kemungkinan penduduk Sydney boleh terbang ke Auckland sebelum mereka boleh terbang ke Perth, atau Gold Coast sekali pun,” katanya pada Selasa.

– Perdana Menteri Australia Scott Morrison

Tambah Morrison, dalam masa terdekat ini sempadan antarabangsa Australia masih lagi belum di buka kepada luar.

Untuk rekod sehingga semalam, Australia mencatatkan sebanyak 7,150 kes positif dengan 6,580 kes daripadanya sembuh manakala New Zealand mencatatkan sebanyaka 1,504 kes positif dengan 1,474 kes sembuh.

Setakat ini, Australia dan New Zealand telah merekodkan kejayaan yang sama dalam memperlahankan penularan wabak tersebut.

Sumber: Astro Awani

Next Post

Baru Dibuka Kini Taman Titiwangsa Ditutup Semula Untuk Orang Ramai

Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyenaraikan beberapa taman yang dibuka sejurus pengumuman kelonggaran dibuat oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin. Namun selepas ianya dibuka pada 4 Mei lalu ianya ditutup kembali pada 28 Mei lepas selepas taman tersebut merekodkan kehadiran pengunjung yang ramai. Melihat pada notis […]
Australia Dijangka Benarkan Perjalanan Ke New Zealand Berbanding Daerahnya 2